} Suhaila Rosli
Author Story Loves Linkies
+Follow




Dinamika Semester 2
Sunday, January 13, 2013 | Sunday, January 13, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum . Alhamdulillah bertemu kita lagi di dalam blog ni . Rasanya ni entry pertama untuk tahun 2013 kan . Tak terlambat lagi nak ucap Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua . Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya , yang mana azam tak tercapai jangan berangan nak pasang azam baru lagi . Berusaha untuk capaikan azam yang tak tercapai lagi tu hihikk . Hahaha skema gilaaaa ayat aku , mesti boring baca kan . Tak dinafikan aku pon boring . Lol . Tahun 2013 dimulakan dengan kerancakan Karnival Karisma Kemahiran Dinamika Semester 2 ! Wuhuuuu gempak kot . Ada lapan kategori dipertandingkan antaranya busana perkahwinan , muzikal puisi , pantun berlagu , wayang kulit , dikir puteri , multimedia dokumentasi , tarian tradisional dan sorak sensasi . Ada tiga kumpulan yang berentap iaitu Roseavengers , Foxtrot dan Dagger . Setiap kumpulan ni ada la pensyarah dinamika masing2 sebagai penasihat . Aku adalah ahli pasukan Roseavengers di bawah bimbingan Puan Roselawati :) Nama kumpulan ni adalah hasil pilihan ahli pasukan jyeahhhh . Rosevengers is dynamiteeeeee !!!!! Hehe tetiba keluar cheers pulak :)

Untuk karnival ni , aku join kategori busana perkahwinan . Setiap pasukan kena hantar lima pasangan then ada lah tema untuk setiap pasukan . Rosevengers pilih tema floral garden ! Romantik habissss kan . Memandangkan ada lima pasangan maka pecahkan lagi jadi lima group kecil so satu pasangan ada group sendiri la . Persiapan untuk karnival ni hanya tiga minggu jaaa perghhh bayangkan lepas habis kelas pukul 4 ptg tu terus rushing pi perjumpaan . Perjumpaan pulak kadang2 lajak sampai 7 malam pastu 9 malam sambung pulak dekat pukul 11 jugak lah . Balik bilik memang penat terus tidooooo ! Tutorial bagai tak sentuh langsung . Memang busy gilaaa pastu fokus 100% kat dinamika ni . Masa tu dalam kepala otak ni just pikir 'cepatlaaaa habis benda alah ni , mata dah mcm panda tak cukup rest bagaiiiiiii' . Serius tak tipu !!!


Sekitar perjumpaan :)

#Group 2 Busana Roseavengers

#Me with Alyn , model pengantin

#Models with designers :)

#Model-model busana perkahwinan

#Hari karnival jyeaahhhh :)

#Crew

#Perkahwinan beramai-ramai :) Hihikkk ni sebelum lawan .

#Dah habis lawan fuhhhh .

#Berkat usaha , semangat dan pengorbanan kami semua alhamdulillah nombor tiga :)

#Rose wil rises with Pn Roselawati :)




THE BEST MOMENT EVER !!!