} Suhaila Rosli
Author Story Loves Linkies
+Follow




Hari Pertama Kerja
Sunday, December 18, 2011 | Sunday, December 18, 2011 | 2 comments
Assalamualaikum semua (Y)

Masih ingat dgn entri ni ? Okay hari ni aku nak cerita pasal hari pertama aku kerja . Walaupun sekarang ni tengah sakit tumit kaki dgn pinggang akibat berdiri terlalu lama namun gedik jugak nak update ! Aku start kerja hari ni (Ahad , 18 Dis 2011) . Pelik ehh kenapa aku start kerja hari Ahad dan bukannya hari Isnin kan . Memang laa sebab aku kerja dkt pasaraya . Jadual mmg berbeza dengan office hour . Aku sampai dkt The Store pukul 9.40 pagi , waktu tu mcm teragak-agak jugak 'Ehhh nak masuk terus ke tunggu kt luar ?' . Pikir punya pikir last2 masuk jugak . Perghh semput doe pagi2 dah rabat tangga naik sampai tingkat tiga ! Hahaha . Sampai ja depan pintu locker aku dgn Farha tak boleh masuk lg sbb tadak punch card . Kena tunggu kerani HR mai bagi . Tetiba Farha tanya 'HR tu apa ?' . Err you all yg tak pernah kerja ni tau ke apa itu HR . Hermm mesti tak tahu kan , kalau tahu pown alaaa buat2 laa taktau . Hihi HR tu ialah Human Resources . In malay we say sumber manusia :)  Dah pukul 10 pagi baru laa kerani HR panggil masuk office , kena sign agreement , polisi syarikat pastu penerangan mengenai punch card . Alhamdulillah settle urusan tu . Pastu kerani HR bawak masuk bilik locker utk tunjuk cara2 nak puncd card . Heee benda alah tu mmg aku selalu nampak dkt pejabat sekolah tp tak pernah usik pown . So sekarang aku berpeluang laa utk usik dan guna . Dah settle kerja tu kerani HR bawak pegi deparment yg sepatutnya km kerja , Grocery ! 

Grocery Department ni dekat tingkat bawah sbb ni bahagian barang basah , makanan minuman serta barang2 dapur . Dekat situ km diawasi oleh seorang senior iaitu Kak Niza . Apa2 taktau memang tanya dy lah . Kerja km senang jaa cuma susun barang pastu check stok . Yg mana tak cukup pegi ambik dekat stor pastu susun dkt rak . Haaa memang laa nampak senang kerja tu tp nak lucut nafas aku . Mau ke tidak ulang alik masuk stor ambik barang . Grocery Department tu dah laa besar , perghh semput aku doe ! Hari pertama kerja , barang pertama yg aku pegang dan susun ialah MINYAK MASAK ! Hahaha tak funny pown . Hari pertama kerja , rakan sekerja yg pertama aku tegur ialah Farid ! Tettttt dy senior aku dkt skola laa bodoih . Ehh silap silap dy yg tegur aku dulu . Al kisahnya mcm ni aku follow Kak Niza jumpa sorang pekerja . Ceeey aku pikirkan pekerja mcm aku laa nerh rupanya itu ialah supervisor aku ! :O Fuhh nasib baik aku tau awal2 sbb dy perkenalkan diri dy terlebih dulu . Hihi lega lega . Nama supervisor aku ialah Abg Syed :) Abg Syed dgn Kak Niza tinggalkan aku dgn Farid kt satu bahagian ni . Depa tengah bincang apa ntah . Farid tegur 'Kenai km dak ?' . Aku jawab 'Taktau nama tp tau laa ampa senior km . Satu skola ja kan' . Haha pastu dy gelak . 

WAKTU REHAT . Yg specialnya pasaraya ni ialah bila waktu rehat akan bunyi loceng . So tak perlu risau sangat . Mana tau tengah ralit keja tiba2 tak sedaq dah time rehat . Aku pegi makan dgn Farha , Ikmal dan Asyraf . Erkkkk alhamdulillah kenyang xD Terliur aku tengok kurma ayam yg dah lama aku tak makan teuwww . Pukul 1.53 ptg masuk kerja balik dan sambung kerja mcm biasa . Laaa aku punya laa pikirkan geng kerja aku ni umur 20 an rupanya semuanya sebaya ja dgn aku ! Cehhh :/ Cuma depa keja awal sikit dari aku . Kiranya senior sebaya laaa . Hahaha . Ada la 2-3 orang yg memang 20 an . Cuma ada sorang makchik dlm lingkungan 50 an kerja situ . Semua staf tak suka dengan dy . Aku pelik jugak laa pseypa semua meluat dgn dy . Supervisor pown rimas dgn perangai dy . Rasa kesian dkt makchik tu pown ada sbb dy berusia kan . Tp bila waktu petang pukul 6 camtu kowt aku dok sembang2 dgn sorang abang ni ouhhh baru ku tahu perangai makchik ni yg sebenar-benarnya . Rupanya makchik ni tak berapa okay sikit . Orang kata jangan buat dy gatai tangan nak buat jugak . Abg ni memang wanted habis dgn makchik tuuu . Haha kelakar jugak bila tengok abg tu dok fight mulut dgn makchik tuu . Ehh abg ni , abg tu haha act aku lupa tanya nama dy doih . 

Herm rasanya aku cerita takat tu ja lah . Overall memang keja bahagian aku ni memerlukan tenaga keringat yg kuat . Tidak ni haa jadi mcm aku balik umah jalan kangkang . Hadeih baru sehari kerja dah sakit terok mcm ni . Macam mana aku nak bertahan sampai tiga bulan ? Huih kacau kacau . Ya ALLAH , kau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini . Amin :') Okay lah nak tido esok kerja pagi . Dlm kepala otak pikir bantal ben10 aku ja sekarang nih .