Family Vacation
Tuesday, December 13, 2011 | Tuesday, December 13, 2011 | 0 comments
Assalamualaikum dan selamat errrrr petang ! Hihi . Perasan tak dah empat hari aku lesapkan diri . Emmm tak perasan eak ? Errr takpa aku paham . Har har har okay baru hari ni laa dapat lepaskan rindu dekat Facebook , Twitter dgn blog kesayangan ni haa . Waaaa seriusly rindu weh . Segala mak nenek cerita aku nak sumbat dlm blog ni tau dak . Okay pada hari Sabtu dan Ahad yg lepas which is 10 & 11 Disember 2011 , aku dgn family telah pergi bercuti di Pulau Pinang dan Perak . Alaaa family vacation :) Ni maybe last minute plan dari ayah memandangkan hari Isnin lepas aku baru jaa habis exam SPM manakala hari Rabu lepas kakak baru ja habis praktikal di Hospital Langkawi . Kiranya alang alang dah ada semua better pegi bercuti siap siap lagipun Ahad ni kakak dah kena balik Putra Villa . Ayah pulak akan always busy dgn keja keja belia dy .
*********************************************************
Hari Pertama (Sabtu , 10/12/2011)
Okay pd hari Sabtu tu km bertolak dalam pukul 11 pagi . Awal tu singgah umah tokwan dulu sebab nak tukar kereta . Al maklum laa Myvi yg besauuuu saja kan . Beg pulak bukannya kecik kecik semua so terpaksa pinjam Waja tokwan . Seriauu jugak naik kereta tokwan sebab agak lama tak servis kereta tu . Hihi terlebih sayang sangat sampai dok tersadai ja dkt porch tu . Destinasi pertama singgah makan tengahari dkt restoran Thai di Bandar Darulaman . Lepas tu ayah terus straight drive sampai Penang . Pening jugak laa jalan dkt Penang ni . Salah masuk jalan confirm sesat ! Kalau Perlis boleh la jugak tembus jalan sana jalan sini alih alih akan jumpa tempat tu jugak . Penang lain okay jalan bercabang bagai haa sebab tu aku tak suka jalan dkt Penang . Opsss jalan saja yg tak suka tp tempat dkt Penang aku suka . Ayah plan nak pegi Terminal Feri sbb dah lama tak naik kan . Pegi laa situ dgn bantuan GPS yg menyemak kepala otak . Kakak pown bantu jugak laa sbb dy stay dkt Penang dah 3 tahun kan of course dah hafal jalan jalan sini . Aku just duduk diam tengok pemandangan haha aku memang taktau jalan jalan kt Penang ni . Bercempera jugak la masing masing dalam kereta sebelum nak sampai Terminal Feri . Terpekik terlolong melalak bagai akhirnya sampai jugak Terminal Feri . Syukur Alhamdulillah . Sementara tunggu turn tu pelik la jugak apasal kereta kt depan tu bergerak slow jaa . Sebab kalau diingatkan balik jauh lg perjalanan kalau nak sampai kt depan pintu tu . Kelibat feri pown aku tak nampak lg . Bila panggung kepala jaa nah hai berderet lagi kereta kt depan . Lebih kurang satu kilometer panjangnya ! Jammed terok kowt . Ayah tengok dah banyak kereta buat u-turn so ayah pown join jugak . Untung laa ada u-turn dekat situ . Tidak sampai ke malam dok tercanguk tunggu . So tak jadi la naik feri :(Takpa perjalan diteruskan lagi . Kali ni ke destinasi yg memang dirancang iaitu ke Pesta Penang ! Yipeeee (Y) Feri tu last minute punya plan sebab nak bajet waktu sampai tapak pesta . Entah kenapa la kan on the way nak ke tapak pesta , aku pulak yg tereksited tunjuk jalan kt ayah sebaik saja lepas roundbout . Hihi bukan sebab apa dah banyak kali dah mai tapak pesta . Tahun lepas pown dah singgah . So jalan ke tapak pesta ni aku dah hafal laa . Km sampai tu pukul 5.45 petang fuhh tempat parking dah penuh ! Mak aiii agaknya pukul berapa laa yg lain ni sampai kan . Dah tu ada yg sanggup tercangak tunggu depan kaunter tiket padahal orang yg jual tiket tu pown belum muncul lg :O Eksitednya depa ! Lepas ja kaunter tiket tu bukak perghhh ramai yg serbu . Laris bak pisang goreng panas . Haha km masuk waktu tu dah pukul 6 lebih . Fuiyoo baru first row aku dah rambang mata dengan gerai gerai jualan . Aku beli sehelai shirt lengan panjang . Mai terus dari kilang harga RM7 ja tau . Berbaloi baloi ! xD Tawaf tapak pesta sampai tak sedar dah pukul 9 mlm lebih . Haha cepatnya masa berlalu . Keluar ja dari tapak pesta terus menghala ke Bukit Merah . Tidur dekat rumah sewa sana yg ayah selalu stay setiap kali datang Perak .
Hari Kedua (Ahad , 11/12/2011)
Mulakan hari anda dengan senyuman ! Hihi okay berhenti mengarut . Plan hari ni nak pegi basahkan diri dekat Bukit Merah Laketown Resort . Weheeee lama jugak noh tak mai sini semenjak wujudnya Lost World of Tambun . Km bertolak pukul 11 pg . Sampai ja tengok perghhh ramainya kereta weyh . Means ramai la org kat dalam taman tema tu . Sementara tunggu ayah beli tiket sempat la jugak window souvenirs yg jual dekat gerai gerai situ . Hehe penangan Domo dengan Angry Birds . Banyak sungguh koleksi jenama tersebut dijual . Errr Boboiboy tadak ke ? Heh :/ Aku terpegun dengan gelang yg diperbuat drpd apa taktau . Banyak kali jugak laa aku ambik then letak balik . Haishh untunglaa duit tadak , tidak mmg aku cekup banyak2 dah . Boleh buat souvenirs utk bestfriends dkt Perlis . Pikirkan balik untunglaa aku single . Tak payah semak pala cari souvenirs utk boyfriend kan . Sememangya aku failed bab bab cari hadiah utk lelaki nih . Yeah it's facts ! Ayah dah beli tiket so kita masuk mandi dulu . Bila keluar nanti baru pikir lain nak beli atau tak . Ya Allah eksitednya nak huhaaa kt dalam taman tema tu . Lepas dah tukar ke pakaian yg sesuai utk mandi haaa tunggu lagi terus rendam laa ! Wowwww memang best laa . Semua tempat dah pergi cuma papan gelungsur tinggi yang ekstrem tu ja tak naik . Entah laa jadi malas nak try . Pukul 2 lebih baru laa km semua angkat kaki keluar dari taman tema tu . Aku beli jugak gelang tu tp utk aku saja laa . Sorry bestfriends no souvenirs for you all . Duit tadak nak shopping utk you all . Seriusly ! Pegi sana bawak RM2.50 jaaa ! Haha betul weyh tak tipu :)
Sampai umah sewa rest kejap then petang sambung balik perjalanan ke Penang sebab nak hantar kakak balik Putra Villa . Sampai rumah dekat pukul 12 tengah malam jugak laa . Hihi happy ending -________-






